JPN Tutup Semua Operasi Pejabat Di Kawasan Zon Merah Sabah

JPN Tutup Semua Operasi Pejabat Di Kawasan Zon Merah Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah menutup operasi di semua pejabatnya di kawasan zon merah termasuklah pejabat Kota Kinabalu, Sandakan, Penampang, Tuaran, Papar dan Inanam serta cawangan UTC Kota Kinabalu yang mana telah ditutup awal sebelum ini.

JPN dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam memaklumkan penutupan itu akan turut membabitkan pejabat Beluran dan Kinabatangan susulan larangan rentas yang diperketat kerajaan.

Penutupan itu bermula Isnin (12 okt) ini sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Ini selaras dengan langkah yang  diambil kerajaan untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 yang teruk melanda negeri Sabah ketika ini.

JPN Sabah turut memaklumkan bahawa unitnya hanya akan mengendalikan kes kecemasan seperti kehilangan kad dan orang ramai diminta menghubungi JPN untuk maklumat lanjut sepanjang tempoh penutupan ini.