Jumlah Jangkitan Baharu COVID-19 Kekal 63 Kes

Jumlah Jangkitan Baharu COVID-19 Kekal 63 Kes

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan jumlah kes yang sama seperti kelmarin iaitu 63 kes.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, walaupun jumlah jangkitan sama tetapi sembilan (9) daerah mencatatkan penurunan kes baharu lebih berbanding empat (4) daerah yang mencatatkan pertambahan.

“Kota Kinabalu (29 kes) dan Putatan (10 kes) masing-masing naik 10 kes berbanding angka jangkitan sebelumnya…

“Tetapi Sandakan (3 kes) turun 7 kes, juga Penampang (11 kes) susut 6 kes.

“Sebanyak 16 daerah tidak melaporkan sebarang jangkitan baharu dalam masa 24 jam yang lalu,” katanya dalam rumusan harian.

Terdapat dua (2) kes dalam Kategori 3 dan satu (1) lagi dalam Kategori 4 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (07 Jun 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 29 (19)
Penampang 11 (17)
Putatan 10 (0)
Sandakan 3 (10)
Sipitang 3 (4)
Papar 2 (2)
Kota Belud 1 (3)
Nabawan 1 (0)
Tawau 1 (2)
Tenom 1 (0)
Tuaran 1 (2)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (1)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Marudu 0 (0)
Kuala Penyu 0 (1)
Kudat 0 (2)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Pitas 0 (0)
Ranau 0 (0)
Semporna 0 (0)
Tambunan 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)