Kabinet Kerajaan PN Letak Jawatan Hari Ini – KJ

Kabinet Kerajaan PN Letak Jawatan Hari Ini – KJ

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, demikian menurut Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy (yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang mengesahkan tindakan itu telah menzahirkan penghargaan atas peluang yang diberi untuk berkhidmat kepada negara.

“Kabinet sudah menyerah peletakan jawatan kami kepada Yang di-Pertuan Agong…

“Terima kasih atas peluang diberikan untuk berkhidmat kepada negara. Semoga Tuhan merahmati Malaysia,” katanya ringkas dalam status Instagram miliknya hari ini.

Terdahulu, Khairy bersama barisan Kabinet menghadiri mesyuarat khas yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Seri Perdana, Putrajaya.