Kecewa Wanita Dicintai Berkahwin Orang Lain, Lelaki Bunuh Diri Di Depan Rumah...

Kecewa Wanita Dicintai Berkahwin Orang Lain, Lelaki Bunuh Diri Di Depan Rumah Kekasih

0
SHARE
Surat teraikhir dan telefon bimbit milik seorang lelaki Yemen yang menggantung diri setelah kekasihnya berkahwin dengan orang lain. – Foto Arab News...

SANAA, YEMEN – Kecewa kerana wanita yang dicintai berkahwin dengan orang lain, seorang lelaki dari Yemen bertindak menggantung dirinya sampai mati dihadapan rumah wanita tersebut.

Mayat mangsa yang berusia 30 tahun dilaporkan ditemui penduduk kampung Yarim yang terletak di sebuah bandar dalam wilayah Ibb berhampiran sebuah tangki air, demikian menurut laporan Arab News.

Lelaki itu dipercayai meninggalkan beberapa pucuk surat cinta, ditujukan kepada wanita yang dicintainya.

Dia memutuskan untuk menamatkan riwayatnya sebaik sahaja mengetahui wanita tersebut berkahwin dengan orang lain…

Selepas menyedari dia tidak akan dapat menghabiskan sisa hidup bersama kekasihnya, lelaki itu memutuskan untuk menamatkan ‘krisis emosi dan kesengsaraan romantisnya’, demikian menurut wartawan Yaman Bachir Al-Misgari ketika bercakap kepada laman berita Al Arabia net.

Dalam sepucuk surat yang ditinggalkan, lelaki itu menyalahkan wanita tersebut kerana gagal menepati janji dan meninggalkannya demi lelaki lain.

Laporan media mengatakan bahawa beberapa surat ditemui di dalam poket lelaki itu, mengenai cinta, kemarahan, dan kesedihan.

Sepucuk surat lain pula meminta wanita itu untuk berbahagia dalam hidup dan melupakan dirinya selain menjelaskan bahawa dia mencintai wanita itu ‘sampai mati’.