Kementerian Komunikasi Sumbang RM10,000 Kepada PERKEP

Kementerian Komunikasi Sumbang RM10,000 Kepada PERKEP

0
SHARE
Fahmi
Fahmi (kanan) menyempurnakan pemasangan Jalur Gemilang pada motosikal disaksikan oleh Jauteh (kiri) dan Fauzi (tengah) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Kementerian Komunikasi sumbang RM10,000 kepada Persatuan Keluarga Polis (PERKEP).

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, ia sebagai tanda sokongan dan bakti pihak berkuasa tersebut dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas kepada negara.

“Sumbangan dan jasa yang mereka curahkan kepada negara sangat kita hargai, selain itu kita lihat Perkep terlibat penuh menggelorakan sambutan Hari Malaysia.

“Sebagai penghargaan, melalui kementerian kita iktiraf jasa mereka dengan memberikan sumbangan kepada Perkep sebagai tanda sokongan kita kepada mereka, “katanya ketika berucap sempena Program Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang Bersama-sama warga IPD Kota Kinabalu di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah, pada Sabtu.

Pada majlis tersebut, beliau turut mengajak masyarakat untuk datang memeriahkan Sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung di Padang Merdeka Isnin depan.

“Tahun ini Sabah menjadi tuan rumah Sambutan Hari Malaysia dan banyak acara menarik yang akan dipersembahkan, justeru saya mengalu-alukan orang ramai datang memeriahkan dan menikmati persembahan-persembahan tersebut bermula pukul 8 malam, “ujarnya.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Malaysia, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Julina Johan dan Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor. — JABATAN PENERANGAN SABAH