PENAMPANG, SABAH – Sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz musnah terbakar di bahu jalan berhadapan dengan Kem Lok Kawi, Putatan kira-kira pada pukul 6.25 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Putatan, DSP Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerusi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang telah menerima maklumat awam berkait kes berkenaan.
“Bertindak atas maklumat tersebut, Pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) Balai Polis Putatan telah bergegas ke lokasi bagi mengawal tempat kejadian…
“Menurut pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Penampang, nombor plat pendaftaran kenderaan terbabit tidak dapat dikenalpasti,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

“Walaubagaimanapun, pemilik kenderaan berumur dalam kalangan 30an tidak berada di lokasi dan kebakaran berjaya dipadamkan pada jam 6.45 pagi,” katanya.





