KENYATAAN MEDIA: PEMIMPIN UMNO SABAH PRO BUNG MOKTAR SEMAKIN BODOH BERPOLITIK –...

KENYATAAN MEDIA: PEMIMPIN UMNO SABAH PRO BUNG MOKTAR SEMAKIN BODOH BERPOLITIK – NGO BEBAS

0
SHARE
Umno
Logo UMNO ( Sumber Foto: Gambar Google )

1. Pemimpin UMNO Sabah kelihatan semakin ‘BODOH’ berpolitik mempertahankan Bung Moktar dan kumpulannya.

2. Kenyataan oleh Ketua Penerangan UMNO Libaran Shariff Ismarhafiz SH Abdul Rahman yang mempertikaikan tindakan Datuk Zulkarnain Mahdar, Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) yang kerap membuat laporan Polis fitnah ke atas pemimpin dan ahli politik dikatakan sebagai perbuatan suka-suka dan sengaja mendapatkan publisiti murahan jelas menunjukkan betapa bodohnya individu yang dilantik sebagai Ketua Penerangan Libaran itu.

3. Sedarkah Sharif bahawa terdapat undang-undang yang mensabitkan seseorang itu bersalah dengan membuat laporan Polis palsu di mana individu yang membuat laporan palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara enam (6) bulan atau denda sehingga RM2,000, jika sabit kesalahan.

Shariff juga bertanya apakah sumbangan Zulkarnain kepada UMNO di Sabah? Pertanyaan ini juga sebenarnya menunjukkan betapa bodohnya individu bernama Shariff yang tidak peka kepada isu semasa, cukup untuk dinyatakan di sini banyak bantuan yang telah dihulurkan melalui NGO Gerakan Akar Umbi UMNO (GAUM) sebelum NGO ini dibubarkan ketika satu masa dahulu.

Sebaliknya BEBAS ingin bertanya, apakah pula sumbangan Shariff kepada UMNO?.

4. Kenapa Datuk Zulkarnain kerap membuat laporan Polis fitnah? sudah tentu ada pihak yang telah membuat kenyataan fitnah dan laporan Polis perlu dibuat bagi membersihkan kenyataan fitnah tersebut.

5. Contoh mudah saya ingin sampaikan kepada Sharif supaya keluar dari kepompong ‘KEBODOHAN’ adalah seperti berikut:-

Pada bulan Disember 2024 Ketua Bahagian UMNO Kalabakan Samasuddin Yusop telah membuat laporan Polis di Balai Polis Tawau menafikan tuduhan mengaitkan namanya terlibat dalam Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah diadakan pada 31 Disember.

Persoalannya disini adakah Samasuddin bertindak untuk mencari publsiti murahan?

Samasuddin membuat laporan Polis fitnah menafikan terlibat perhimpunan aman gempur rasuah UMS…

Pada 27 Dis 2024 Penuda UMNO Terengganu membuat laporan Polis di seluruh negeri terhadap satu poster fitnah berkenaan membantah hukuman sebat pesalah syariah yang dimuatnaik di beberapa akaun sosial media Facebook.

Pemuda UMNO Terengganu buat laooran Polis di seluruh negeri berhubung poster fitnah…

Sharif juga boleh membuat carian melalui ‘Goggle’ dengan menulis UMNO membuat laporan Polis dan akan melihat banyak laporan Polis dibuat oleh Parti UMNO membabitkan fitnah dan persoalannya di sini, adakah kesemua laporan Polis ini untuk mendapatkan pengiktirafan ‘Malaysia Book of Record’ seperti didakwa Shariff.

6. Amat malang apabila UMNO mempunyai pemimpin seperti Shariff dimana jawatan Ketua Penerangan Bahagian Libaran sepatutnya diberikan kepada orang lain sebaliknya Shariff telah menyerlahkan betapa ceteknya ilmu pengetahuan belaiu dalam politik.

7. Shafiff sepatutnya turut tampil membuat laporan Polis membabitkan kekayaan luar biasa Ketua Bahagian Libaran yang sehingga kini masih tular di media sosial.

Di antara tajuk utama tuduhan ke atas MP Libatan yang juga Ketua UMNO Libaran adalah seperti berikut:-

Artikel Pertama:-
LAGI KEKAYAAN DATO’ NAZIMAH & DATO’ SUHAIMI MP LIBARAN GUNA DANA HARAM ISMAIL SABRI BELI RESORT RM20 JUTA DIDEDAHKAN

Pautan link di bawah:-
https://sabahbigmouthss.wordpress.com/2025/04/15/video-eksklusiflagi-kekayaan-dato-nazimah-suhaimi-mp-libaran-guna-dana-haram-ismail-sabri-beli-resort-rm20-juta-didedahkan/

Artikel Kedua:-
RM170 JUTA DIKEDIAMAN SUPOL, SPRM BAKAL PANGGIL NAZIMAH (ISTERI SUHAIMI) DAN MP LIBARAN SEMBUNYI RM400 JUTA.

Pautan link di bawah ini:-
https://sabahbigmouthss.wordpress.com/2025/02/26/rm150-juta-ditemui-dikediaman-bekas-supol-sprm-bakal-panggil-nazimah-dan-mp-libaran-sembunyi-rm400-juta-dana-haram-ismail-sabri/

8. Kami juga ingin mencabar Shariff untuk membuat laporan Polis meminta Polis menyiasat surat tuntutan saman ke atas Bung Moktar menerima komisen RM6 juta.

9. Cerita Shariff termasuk ahli-ahli UMNO pencacai Bung tentu tidak berani membuat laporan Polis sambil menyifatkan Shariff seorang pemimpin bacul, hipokrit dan kurang cerdik.

Sekian.

GABUNGAN NGO BEBAS SUARA (BEBAS)

Nota: Kenyataan media ini dikirim oleh BEBAS dan sama sekali tidak mencerminkan pandangan SabahNews…