Kenyataan Presiden SAPP Cuba Mencetuskan Ketegangan Dalam Kerajaan Perpaduan- Phoong

Kenyataan Presiden SAPP Cuba Mencetuskan Ketegangan Dalam Kerajaan Perpaduan- Phoong

0
SHARE
Phoong
Setiausaha DAP Sabah, Phoong Jin Zhe ( Sumber Foto: Ihsan DAP Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – DAP Sabah menyifatkan kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang mencadangkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk bertanding semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) cuba mencetuskan ketegangan dalam Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha DAP Sabah, Phoong Jin Zhe berkata pihaknya berpendapat kenyataan terbabit tidak relevan dan mencerminkan pendirian GRS secara keseluruhan.

“Terang lagi bersuluh, SAPP cuma mewujudkan ketegangan dan ketidakharmonian diantara parti komponen di dalam Kerajaan Perpaduan samaada di peringkat negeri mahupun persekutuaan.

“Dengan jelas, SAPP yang masih lagi didalam Perikatan Nasional (PN), agendanya dengan mudah dapat dihidu dan rakyat dapat menghakimi niat sebenar SAPP.

“DAP Sabah konsisten teguh mempertahankan kestabilan politik untuk membangunkan ekonomi Sabah pasca pandemik,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Dalam pada itu, Phoong turut berkata DAP Sabah akan teguh bersama-sama mempertahankan Kerajaan Perpaduan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan sehingga habis penggal.