Kepala Bayi Songsang Terputus Ketika Ibu Dipaksa Bersalin Normal 

Kepala Bayi Songsang Terputus Ketika Ibu Dipaksa Bersalin Normal 

0
SHARE

JAKARTA: Kepala bayi lelaki terputus selepas ibunya dipaksa melahirkan secara normal walaupun keadaan bayi songsang dalam kejadian di Banjarmasin 14 April lalu.

Ibu yang merupakan mangsa, 36 tahun tidak dapat menahan kesedihan selepas kehilangan anak pertamanya, lapor Tribun-medan.com.

Lebih menyedihkan, kepala bayi itu juga tertinggal dalam rahim selepas terputus ketika proses kelahirannya. 

Menurut mangsa, bahagian kemaluannya turut terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh kakitangan Rumah Sakit Banjarmasin.

“Saya dipaksa meneran sekuat hati dan suami saya amat terkejut apabila melihat bayi kami keluar tanpa kepala.

“Beberapa kakitangan perubatan itu kemudiannya menggunakan alat vakum untuk mengeluarkan kepala yang tertinggal,” ujarnya yang kehilangan kata-kata dengan kejadian tersebut.

Mengejutkan lagi, pihak rumah sakit tidak memberi sebarang penjelasan mengenai insiden kecuaian tersebut hingga menyebabkan pihak mangsa memutuskan untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa pada 19 April lalu.

Difahamkan, bayinya sudah disahkan songsang sejak usia kehamilannya mencecah tujuh bulan.

Jenazah bayi itu yang kepalanya sudah dijahit pada badan dilaporkan selamat disemadikan berhampiran rumah datuknya.