Kerajaan Akan Menyemak Semula Pengurusan Pusat Beli Belah Milik GLC

Kerajaan Akan Menyemak Semula Pengurusan Pusat Beli Belah Milik GLC

0
SHARE

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menyemak semula pengurusan pusat beli-belah yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya diuruskan syarikat tempatan, agar peniaga bumiputera dapat menjalankan perniagaan mereka di situ.

Beliau berkata perkara ini bertujuan meningkatkan status sosio-ekonomi bumiputera dan penglibatan usahawan bumiputera di pusat beli-belah…

“Penglibatan bumiputera kini harus bukan sahaja di sektor informal, tetapi sektor formal seperti menjalankan perniagaan di pusat beli-belah yang disasarkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12)”, katanya ketika berucap pada majlis makan malam ulang tahun UDA Holdings Berhad (UDA) ke-50 semalam.

Menurut Perdana Menteri sejak negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik, usahawan termasuk bumiputera dapat kembali bernafas dan menjalankan perniagaan, yang secara langsung membantu menggerakkan semula ekonomi negara.

“Ketika kita (negara) berdepan dengan tekanan inflasi, nilai jualan perdagangan borong dan runcit negara sekali lagi mencatatkan rekod baharu pada Mei, dengan pertumbuhan 19.9 peratus iaitu sebanyak RM129.8 bilion, tertinggi sejak 2013,” kata beliau.

Meskipun begitu, Ismail Sabri berkata status sosio-ekonomi bumiputera masih di tahap rendah dan penglibatan usahawannya perlu dipertingkatkan.