Kerajaan Akan Perketatkan SOP Jika Jangkitan Kes COVID-19 Terus Meningkat

Kerajaan Akan Perketatkan SOP Jika Jangkitan Kes COVID-19 Terus Meningkat

0
SHARE
Gambar Hiasan...

SHAH ALAM, SELANGOR – Jika kes melibatkan penularan pandemik COVID-19 semakin meningkat, Kerajaan akan memperketatkan semula prosedur operasi standard (SOP), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata sebanyak 9,117 kes baharu dicatatkan pada Sabtu dan ianya merupakan rekod tertinggi dalam tempoh tiga bulan sekaligus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,904,131 kes.

Hal ini mencetuskan kebimbangan rakyat di negara ini dengan peningkatan jumlah angka kes tersebut, lapor Sinar Harian.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan Twitter beliau pada Sabtu berkata, kes baharu COVID-19 berkemungkinan akan meningkat mendadak dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Katanya, jangkaan itu berdasarkan kadar jangkitan yang tinggi daripada gelombang varian Omicron pada ketika ini…

Sementara itu, antara sektor yang terlibat dalam lonjakan kes baharu COVID-19 itu adalah sektor pendidikan

Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan kelmarin, menetapkan pelajar daripada bukan kelas peperiksaan yang pulang bercuti sempena Tahun Baharu Cina tidak dibenarkan untuk kembali ke asrama.

Dalam pada itu. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, mereka sebaliknya perlu mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Menurutnya, perkara itu dibuat bagi bertujuan mengawal jangkitan Covid-19 serta melindungi calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain daripada sektor pendidikan, kerajaan berkemungkinan akan memperkenalkan SOP khusus bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Meskipun pada ketika ini, setiap parti dalam peringkat menyediakan senarai calon yang bakal bersaing dalam PRN Johor kali ini, namun tidak mustahil bagi kerajaan untuk memperketatkan pematuhan SOP sedia ada supaya dapat mengawal penularan pandemik COVID-19 di negeri berkenaan.