KOTA KINABALU, SABAH – Kanak-kanak di bawah 12 tahun dibenarkan ‘dine-in’ di restoran dan masuk ke semua premis perniagaan termasuk menyertai aktiviti perkelahan bermula esok (12 Okt).
Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kebenaran ini merangkumi pusat membeli belah dan perhotelan termasuk fasiliti seperti kolam renang.
“Dengan syarat, mereka harus ditemani oleh ibubapa yang telah lengkap divaksin…
“Remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin diberikan kebenaran yang sama tanpa ditemani ibubapa,” katanya.
Menurut beliau dalam sebuah kenyataan hari ini, semua jenis pasar termasuk pasar malam juga dibenarkan semula di daerah-daerah yang telah mencapai peratusan vaksinasi lengkap sekurang-kurangnya 60% penduduk dewasa.
“Namun ini tertakluk kepada penilaian risiko dan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan…
“Penjaja termasuk pengunjung juga hendaklah telah lengkap divaksin,” tegasnya.