Kerajaan Negeri Sabah Sokong Pelan Pemulihan Negara Yang Diumumkan Perdana Menteri

Kerajaan Negeri Sabah Sokong Pelan Pemulihan Negara Yang Diumumkan Perdana Menteri

0
SHARE
Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor...

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah menyokong sepenuhnya Pelan Pemulihan Negara seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini, Selasa.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengatakan langkah itu sebagai tepat dalam usaha dasar pemulihan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Hajiji memberi jaminan bahawa Kerajaan Sabah akan berkerjasama penuh bagi memastikan EMPAT (4) Fasa rangka pemulihan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pelan Pemulihan Negara…

Dalam perkembangan lain, beliau menyatakan sokongan Kerajaan Negeri terhadap perlanjutan Kecemasan yang akan dikekalkan selama enam bulan lagi.

“Ini memandangkan kemungkinan berlakunya lonjakan kes COVID-19 sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Batu Sapi dan kerusi DUN Bugaya yang kosong diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.