Kes Samun Gunakan Pistol Mainan Dan Parang

Kes Samun Gunakan Pistol Mainan Dan Parang

0
SHARE

SEGAMAT, JOHOR – Seorang penjenayah yang melakukan samun menggunakan pistol mainan dan parang panjang di sekitar daerah ini serta Kluang ditahan kelmarin.

Tangkapan dibuat hasil kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dan Kluang.

Memetik kenyataan akhbar Harian Metro, suspek yang juga lelaki berusia 29 tahun itu menjadikan kedai menjual peralatan telekomunikasi di dua daerah berkenaan sebagai sasaran. Dia ditahan di bandar Kluang, jam 2.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat berkata, suspek kemudiannya di bawa ke IPD Segamat bagi membantu siasatan.
“Hasil siasatan awal, suspek terbabit dengan sekurang-kurangnya empat kes samun premis menjual peralatan telekomunikasi di daerah ini dengan yang terbaru berlaku pada April lalu,” katanya.