IKLAN RAMADHAN MCD SINGAPURA MENCERITAKAN KISAH ANAK MALAYSIA TERKANDAS BUAT RAMAI MENANGIS

IKLAN RAMADHAN MCD SINGAPURA MENCERITAKAN KISAH ANAK MALAYSIA TERKANDAS BUAT RAMAI MENANGIS

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Sambutan bulan Ramadhan kali ini diraikan dengan penuh besederhana di mana ini merupakan Ramadhan kedua buat hampir semua umat Islam di dunia menjalani ibadah puada dalam suasana penularan COVID-19 dalam komuniti.

Lebih menyedihkan lagi apabila ramai yang tidak dapat menyambutnya bersama keluarga disebabkan larangan merentas negeri mahupun sempadan negara bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Kesan daripada perkara ini, tercetus idea daripada restoran makanan segera McDonald (MCD) di dua buah negara iaitu Malaysia dan Singapura untuk bekerjasama menghasilkan satu video pendek yang menceritakan kisah pekerja Malaysia yang terkandas dan menjalani ibadah puasa di Singapura tanpa kehadiran keluarganya.

Sumber foto dipetik daripada ciapan Instagram milik mcdsg (McD Singapura)…

Video pendek yang berdurasi dua minit lebih itu mengisahkan seorang pekerja McD di Singapura yang bernama Samsuri yang telah bekerja di negara Kota Singa itu lebih daripada setahun.

VIDEO tular menyentuh hati yang diterbitkan hasil kerjasama syarikat restoran makan segera McDonalds (MCD) Singapura dan Malaysia..

Selain daripada Samsuri, video itu turut mengambil rakaman pengalaman dan harapan pekerja Malaysia lain yang terkandas di negara itu iaitu Rozaini (11 tahun) dan Anas (3 tahun 6 bulan).

Video tular sejak semalam yang berdurasi dua minit lebih itu telah dimuat naik kembali oleh salah seorang pekerja Malaysia di Singapura menggunakan akaun NazmiHanafiah di Twitter miliknya dan telah mengundang rasa sebak di kalangan warganet yang melihatnya sehingga ada di antara mereka menangis.

Sumber foto dipetik daripada ciapan Twitter milik NazmiHanafiah…