PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 9 orang dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,764 orang.
DARIPADA 9 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat empat (4) KES IMPORT.
SEBANYAK 5 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN DI MANA 1 KES MELIBATKAN DARI KALANGAN
Bukan WARGANEGARA DAN LAGI 4 KES DARI KALANGN WARGANEGARA.

Laporan media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi yang dipetik melalui Facebook KKM menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj sebanyak 5 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 8,546 orang bersamaan dengan 97.51% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.
Menurut laporan itu, sebanyak 1 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan tiada kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Dilaporkan juga bahawa tiada kes kematian dilaporkan di Malaysia dan setakat ini jumlah kes kematian kekal sebanyak 122 kes iaitu bersamaan 1.39%.