KOTA KINABALU, SABAH – DUA (2) kes kematian dilaporkan di daerah Kota Belud dan Tawau sementara Sabah mencatatkan kenaikan enam kes pada Selasa dengan jumlah keseluruhan 657 KES bahari positif COVID-19.
Sebanyak 315 kes datang dari saringan Kluster Tembok iaitu di penjara Kepayan, Kota Kinabalu dan Tawau.
Jurucakap COVID-19 negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan hanya Tambunan tinggal sebagai daerah Zon Hijau di Sabah dengan dua kes positif dari sana.
“Satu kluster baharu juga dikesan di Kampung Pukak, Tuaran dan juga menyumbang kepada sembilan (9) kes hari ini,” katanya.

Kluster terbabit disyaki berpunca daripada majlis kenduri kesyukuran pada 3 Julai yang dihadiri keluarga kes indeks.
“Kes indeks merupakan seorang lelaki, 47, bergejala demam, batuk dan selsema sejak 7 Julai…
“55 kontak rapat dari Kampung Pukak, Pinagon dan Kuarters Loji Air Telibong 1 telah disaring menemukan 17 kes positif termasuk kes indeks,” jelasnya.
Dalam pada itu dua lokaliti dikenalan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa dari 22 Julai sehingga 4 Ogos.
“Kawasan ini termasuk Kampung Sri Menanti di Tawau dan Perkampungan Kepulauan Gaya iaitu Pondo, Kasuapan, Lok Urai dan Pulau Gaya,” tambah Masidi lagi.





