Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mesyuarat pra majlis bersama Perdana Menteri di Empire Hotel Bandar Seri Begawan (Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah)
BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI – Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menghadiri mesyuarat pra-majlis bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelang menghadap Sultan Brunei esok.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mesyuarat pra majlis bersama Perdana Menteri di Empire Hotel Bandar Seri Begawan (Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah)
Hajiji bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg berada dalam rombongan Perdana Menteri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat pra majlis di Empire Hotel Bandar Seri Begawan ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )
Susulan menghadap Sultan Hassanal Bolkiah esok, Perdana Menteri, Hajiji dan Abang Jo akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara negara Malaysia dan Brunei Darussalam.