KM HAJIJI INGATKAN ORANG RAMAI UNTUK JAGA DIRI EKORAN KENAIKAN KES COVID-19

KM HAJIJI INGATKAN ORANG RAMAI UNTUK JAGA DIRI EKORAN KENAIKAN KES COVID-19

0
SHARE
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima cenderamata daripada Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam semasa kunjungan hormat hari ini...

MELAKA – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengingatkan orang ramai untuk menjaga diri ekoran kenaikan kes COVID-19 yang dilihat beberapa minggu lalu.

Beliau menasihati rakyat untuk segera divaksin jika belum dan mematuhi SOP yang ditetapkan pada setiap masa.

“Ambil vaksin, kekal di rumah, amalkan kebersihan diri yang baik dan elakkan keluar tanpa perlu atau menghadiri perjumpaan keluarga mahupun sebaliknya…

“Ini adalah langkah-langkah yang harus kita patuhi untuk mengekang penularan COVID-19,” katanya.

Tambah beliau, semua orang harus memainkan peranan mereka untuk memerangi wabak ini lebih-lebih lagi dengan bekalan vaksin baru yang akan tiba ke Sabah dalam beberapa hari ini.

Ketua Menteri itu berkata demikian selepas memberi kunjungan hormat kepada Gabenor Melaka, Tun Seri Setia (DR) Haji Mohd Ali Mohd Rustam di pejabatnya, semalam (26 Ogos).

Mengiiringi Hajiji dalam lawatan kerja ke Kuala Lumpur itu adalah Menteri Perumahan dan Menteri Perumahan merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong.