KM HAJIJI, ISTERI HADIR MAJLIS PERSANTAPAN DIRAJA PERKAHWINAN PUTERA MATEEN, DAYANG ANISHA

KM HAJIJI, ISTERI HADIR MAJLIS PERSANTAPAN DIRAJA PERKAHWINAN PUTERA MATEEN, DAYANG ANISHA

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag bergambar bersama pasangan pengantin diraja, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Negara Brunei Darussalam ( Sumber Foto: Ihsan JKM )

BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam di Balai Persantapan, Istana Nurul Iman pada Isnin.

Terdahulu, Hajiji dan Juliah menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada Ahad.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah Jasni.

Majlis gilang gemilang yang diadakan selama 10 hari bermula 7 Januari yang lalu diisi dengan pelbagai istiadat Diraja yang telah dilangsungkan sejak turun temurun.