KM HAJIJI LAWAT ATLET BASIKAL SABAH AKMAL THAQIF

KM HAJIJI LAWAT ATLET BASIKAL SABAH AKMAL THAQIF

0
SHARE
Hajiji
Hajiji melawat atlet berbasikal Sabah, Akmal Thaqif Begurdy di Riversite Majestic Hotel, Kuching ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KUCHING, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meluangkan masa melawat atlet berbasikal Sabah, Akmal Thaqif Begurdy yang mengalami kecederaan semasa menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 di Riversite Majestic Hotel, di sini, hari ini.

Beliau diiringi oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin dan Pembantu Menterinya, Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Datuk Mansur Asun yang juga `Chief De’ Mission’ Sabah.

Akmal, 17 dari Tawau mengalami kecederaan semasa menyertai acara lepas beramai-ramai kategori perseorangan dan berpasukan di Lebuhraya Pehin Sri Adenan Satem pada 15 Ogos lalu.

Hajiji bersimpati dengan musibah yang menimpa Akmal dan mendoakannya agar cepat sembuh. Akmal kini ditemani oleh ibu bapanya di Kuching.

Sementara itu Hajiji menghadiri upacara perasmian SUKMA XXI Sarawak 2024 di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

Beliau menggesa kontinjen Sabah yang beraksi di SUKMA Sarawak melakukan yang terbaik untuk mencapai sasaran 40 pingat emas.

Hajiji yakin pasukan Sabah mampu mencapai sasaran yang ditetapkan tahun ini dan mahu atlet negeri berjuang sepenuh tenaga dengan semangat kesukanan yang tinggi untuk mengharumkan nama Sabah.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar merasmikan temasya sukan itu yang diadakan dengan penuh warna warni yang memaparkan keunikan budaya dan identiti bumi kenyalang yang beraneka ragam.