KM HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN DUA MENTERI PERSEKUTUAN

KM HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN DUA MENTERI PERSEKUTUAN

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semasa menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada dua orang Menteri Persekutuan di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Mereka ialah Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar.

Deligasi Alexander terdiri daripada Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Timbalan KSU, Datuk Zahrul Hakim Abdullah dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Ahmad Redza Ghulam Rasool.

Hajiji diberi taklimat mengenai pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah, kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya persekutuan dan pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan dan pembinaan kemudahan infrastruktur di Sabah.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya dan Pembantu-Pembantu Menteri iaitu Datuk Limus Jury dan Datuk Robert Tawiq.

Sementara itu, V.Sivakumar diiringi oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, EMustapha Sakmud dan Timbalan KSU (Dasar dan Antarabangsa) Datuk Amran Haji Ahmad.

Hajiji turut mengadakan pertemuan bersama lima orang Ahli Parlimen Gabungan Rakyat
Sabah (GRS) dan seorang Ahli Parlimen bebas, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin.

Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama Ahli-Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin pada pertemuan di pejabatnya di Menara Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

Ahli Parlimen lain ialah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (Keningau), Datuk Jonathan Yasin (Ranau), Datuk Matbali Musah (Sipitang) dan Lo Su Fui (Tawau).