Kru Kapal Dari Malaysia Antara 6 Kes Import Baharu COVID-19 Di Singapura

Kru Kapal Dari Malaysia Antara 6 Kes Import Baharu COVID-19 Di Singapura

0
SHARE

SINGAPURA – Seorang lelaki warga Malaysia berusia 51 tahun antara enam kes import baharu COVID-19 dilaporkan di Singapura semalam, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.

Kementerian itu memaklumkan lelaki berkenaan adalah seorang kru kapal yang tiba dari Malaysia dan diuji ketika berada di atas kapal.

Memetik laporan Bernama, pemegang pas lawatan jangka pendek itu tidak menunjukkan gejala, menurut kementerian itu dalam data penuh yang dikeluarkan di sini lewat malam tadi.

Kes import lain ialah dari India, Indonesia, Jepun dan Sri Lanka.

Mereka adalah antara tujuh kes baharu dicatatkan di Singapura semalam, manakala satu lagi kes adalah penularan tempatan, menjadikan jumlah jangkitan di negara ini kepada 59,890 kes.

Setakat ini, kementerian mengklasifikasikan 3,056 daripada kes dilaporkan sebagai import, 2,323 adalah kes komuniti dan 54,511 kes membabitkan penghuni asrama.