Lawatan Dua Hari Ke Brunei Membuahkan Hasil – Phoong

Lawatan Dua Hari Ke Brunei Membuahkan Hasil – Phoong

0
SHARE
Phoong
Menteri MIDE, Phoong Jin Zhe ( Sumber Foto: Laman media sosial Facebook Menteri MIDE )

KOTA KINABALU, SABAH – Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Sabah Phoong Jin Zhe melahirkan keyakinan terhadap usaha kerjasama antara Sabah dan Brunei selepas menamatkan lawatan rasmi pertamanya ke negara itu baru-baru ini.

Beliau berkata, perdagangan antara Sabah dan Brunei berkembang empat kali ganda pada 2022 berbanding 2017.

“Lawatan itu bertujuan untuk mewujudkan asas kerjasama yang kukuh antara Sabah dan Brunei terutamanya dalam sektor perindustrian dan perniagaan, memacu pertumbuhan ekonomi bersama,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam lawatan dua hari itu, Phoong bertemu dengan Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II merangkap Pengerusi Lembaga Pembangunan Ekonomi Brunei Dato Seri Setia Dr Awang Mohd Amin Liew Abdullah untuk membincangkan bagu meningkatkan hubungan perdagangan dua hala.

Beliau berkata kedua-dua menteri bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama terutama dalam pembangunan perdagangan dan perindustrian.

“Kami menyasarkan untuk memperkenalkan Sabah kepada lebih banyak perusahaan yang mencari peluang perniagaan di luar negara, sekali gus memudahkan pertumbuhan industri dan perniagaan di Sabah.

“Semasa Pameran Perdagangan Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN pada 2023 (BETCON23) Jabatan Kemajuan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) di bawah MIDE memudahkan 12 syarikat tempatan dari Sabah untuk menyertai dan menubuhkan gerai pameran itu.

“Lawatan itu amat membuahkan hasil. Asas kukuh untuk kerjasama masa depan antara Sabah dan Brunei telah diletakkan terutamanya dalam pembangunan perdagangan dan perindustrian.

“Saya dan pegawai jabatan saya komited untuk meneruskan usaha membawa lebih banyak berita positif kepada rakyat Sabah dalam masa terdekat,” kata Phoong.

Phoong mengetuai delegasi yang terdiri daripada Setiausaha Tetap Datuk Thomas Logijin dan wakil dari pelbagai agensi yang turut bertemu usahawan dari Nanning, China.

Mereka telah bertemu dengan pemimpin perniagaan tempatan dan makan malam bersama wakil Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN di Timur semasa ketibaan.

“Kerajaan komited untuk membantu perniagaan tempatan dan menggalakkan perusahaan Sabah berkembang melangkaui pasaran tempatan dan meneroka peluang di Semenanjung Malaysia dan pasaran antarabangsa,” tambahnya.