SIPITANG, SABAH – Lebih 150 buah motorsikal berkuasa tinggi menyertai Program Kembara 2024 selama dua hari mulai Sabtu.
Program anjuran Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah itu adalah bersempena dengan Sambutan Hari Jadi Rasmi Ke-71 Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.
Bermula dengan acara pelepasan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, semalam, konvoi bergerak menuju ke sempadan Sindumin – Merapok dan bermalam di Sipitang.
Mengiringi Tun Juhar ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCSBA), Datuk Hazani Ghazali.
Hari ini, konvoi yang diketuai Tun Juhar itu turut dijadualkan bergerak dari Sipitang dan singgah di Balai Polis Bongawan sebelum kembali ke ibu negeri. — JABATAN PENERANGAN SABAH