KOTA KINABALU: Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) terus memupuk gaya hidup sihat dan perpaduan rakyat menerusi program Fit Madani yang menghimpunkan lebih 300 peserta daripada NGO, agensi kerajaan dan pelajar universiti di Dataran Merdeka pada Isnin.
Ketua Pengarah AKM, Datuk Dr Roslan Hussin berkata, program itu bertujuan menggalakkan masyarakat hidup aktif sambil mengeratkan hubungan antara pelbagai lapisan rakyat.
“Fit Madani bukan sekadar senaman, tetapi wadah menyatukan masyarakat pelbagai kaum dan agama,” katanya.
Program itu turut menampilkan jualan Rahmah bagi penebusan bantuan SARA RM100 untuk barangan keperluan asas.
Dr Roslan berkata, AKM akan terus menganjurkan pelbagai program kenegaraan ,dan kemasyarakatan di seluruh Sabah termasuk Ukhuwah Madani dan Kenduri Rakyat.
Beliau turut menegaskan kepentingan menjadikan Malaysia sebagai negara rakyat sihat, bukan lagi tersenarai sebagai antara tertinggi obesiti di rantau ini.
“Kesihatan fizikal dan mental penting untuk membina negara. Rakyat beradab ialah mereka yang menolak fitnah dan perpecahan,” ujarnya.






