DAP Sabah Sedia Tampil Dengan Calon Muda

DAP Sabah Sedia Tampil Dengan Calon Muda

0
SHARE

KOTA KINABALU: DAP Sabah akan menampilkan pasukan calon muda yang berdedikasi dan berwibawa untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Pengerusinya, Phoong Jin Zhe, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau berkata, PRN kali ini menjadi peluang untuk membentuk landskap politik baharu Sabah yang memberi ruang lebih besar kepada generasi muda memimpin.

“Saya bersedia memikul tanggungjawab lebih besar dan membuktikan perubahan sedang berlaku,” katanya.

Phoong menegaskan hanya DAP mempunyai barisan pemimpin muda berwawasan dan berkeupayaan membawa harapan baharu kepada rakyat Sabah, berasaskan rekod kerja keras, integriti dan pencapaian nyata.

Katanya, di bawah kepimpinan DAP, pelbagai pembangunan telah dicapai termasuk naik taraf lapangan terbang Tawau dan Kota Kinabalu serta pelancaran sistem bas awam moden pertama di ibu negeri.

Katanya, Sabah turut merekodkan peningkatan 140,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 18 bulan dan mencatat prestasi pelaburan ketiga tertinggi di negara ini bagi suku pertama 2025.

Phoong menegaskan pilihan raya perlu menjadi pertandingan berasaskan prestasi dan idea, bukan politik kebencian, sambil menambah DAP bersedia bekerjasama dengan parti progresif lain demi kepentingan rakyat dan masa depan Sabah.