Lee Zii Jia Gagal Teruskan Aksi Di Suku Akhir Selepas Tewas Kepada...

Lee Zii Jia Gagal Teruskan Aksi Di Suku Akhir Selepas Tewas Kepada Chen Long

0
SHARE
Lee Zii Jia...

TOKYO, JEPUN – Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia gagal meneruskan aksinya di suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas tewas kepada juara bertahan dari China, Chen Long di set penentuan 21-5 di Mushashino Forest Sport Plaza, sebentar tadi.

Meskipun Zii Jia, 23, tampil bersemangat dan menunjukkan corak permainan yang baik di set pertama dengan tewaskan Chen Long 21-8 di set pertama, Chen Long yang juga juara dunia dua kali itu kembali bangkit dengan memenangi dua set berikutnya 21-19, 21-5 dan sekali gus mara ke suku akhir.

Untuk rekod, kemenangan ini menyaksikan Chen Long (Ranking 6 Dunia) melebarkan rekod kemenangan ke atas Zii Jia (Ranking 9 Dunia) selepas kedua-dua pemain terikat 2-2 dalam empat pertemuan sebelum ini.

Chen Long…

Chen Long akan bertemu pemain Taiwan, Chou Tien Chen untuk perebutan tempat ke separuh akhir, Sabtu ini.

Ini adalah kali pertama Malaysia tidak mempunyai wakil dalam acara perseorangan lelaki di suku akhir sejak tiga edisi terakhir di Sukan Olimpik.

Kem badminton negara pada ketika ini hanya mengharapkan kemenenangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang akan bertemu pasangan China, Li Jun Hui-Liu Yu Chen pada aksi separuh akhir esok (Jumaat).