Lelaki Maut Rempuh Jejantas Berdekatan Pusat Membeli Belah Karamunsing

Lelaki Maut Rempuh Jejantas Berdekatan Pusat Membeli Belah Karamunsing

0
SHARE
Bomba
Kenderaan terbabit di tempat kejadian ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH Seorang lelaki menemui ajal selepas merempuh tiang konkrit jejantas berhampiran pusat membeli-belah Karamunsing di Jalan Tunku Abdul Rahman awal hari ini.

Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.58 pagi berhubung kes mangsa tersepit di dalam sebuah kenderaan Toyota Crown Athlete.

“Mangsa berusia 40 tahun berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba yang tiba ke lokasi kejadian empat minit kemudian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di tempat kejadian dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata seorang jurucakap agensi.

Operasi kemudian ditamakan pada pukul 2.30 pagi setelah memastikan kawasan selamat dilalui kenderaan lain.