Liverpool Raih 3 Mata Selepas Tewaskan Burnley Di Anfield Malam Tadi

Liverpool Raih 3 Mata Selepas Tewaskan Burnley Di Anfield Malam Tadi

0
SHARE

LIVERPOOL – Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool meraih tiga mata selepas menewaskan Burnley 2-0 di Stadium Anfield malam tadi sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini di Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pada aksi tersebut, skuad The Reds yang dikendalikan oleh Jurgen Klopp dengan menurunkan awal barisan trio serangan terdiri daripada Sadio Mane, Mohamed Salah dan Diogo Jota membuahkan hasil apabila Diogo Jota membuka jaringan pada minit ke-18 diikuti jaringan Sadio Mane pada minit ke-69 untuk memberikan kemenangan tanpa bolos kedua buat skuad kendalian Jurgen Klopp.

Salah tidak bernasib baik pada perlawanan menentang Burnley malam tadi apabila jaringannya dibatalkan kerana ‘offside’ selepas penilaian VAR.

Kemenangan yang dilakarkan malam tadi menjadikan ia kemenangan ketujuh berturut-turut Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris sejak musim lalu.