Lori Terbalik Di Ulu Keningau, 2 Meninggal Dunia, 1 Cedera

Lori Terbalik Di Ulu Keningau, 2 Meninggal Dunia, 1 Cedera

0
SHARE

KENINGAU: Sebuah lori jenis Nissan UD 8 tan yang membawa muatan telur terbabas dan terbalik di tepi jalan di Kampung Bariawa, Ulu Keningau mengakibatkan dua maut manakala seorang lagi cedera.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 9.08 pagi, dan jentera bomba tiba di lokasi pada 9:15 pagi, kira-kira 6 kilometer dari balai.

Tiga mangsa lelaki terlibat dalam di mana seorang mengalami kecederaan ringan dan keluar sendiri dari lori, manakala dua lagi tersepit di bahagian dashboard dan stereng lori.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan khas RTA dan Telescopic Ram secara manual untuk mengeluarkan mangsa, namun kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

“Mangsa cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” kata seorang pegawai jurucakap.

Mangsa yang meninggal dunia berumur 58 tahun (pemandu) dan seorang lagi belum dikenal pasti.

Selepas memastikan tiada lagi bahaya di lokasi, operasi ditamatkan pada 1:59 petang.