Mahkamah Tolak Petisyen Pandikar, Fairuz Kekal ADUN Pintasan

Mahkamah Tolak Petisyen Pandikar, Fairuz Kekal ADUN Pintasan

0
SHARE

KOTA KINABALU: Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen yang mencabar kemenangan Datuk Fairuz Renddan sebagai ADUN Pintasan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Datuk Farisz Gohim Abdullah, membenarkan bantahan awal calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dan mengisytiharkan Fairuz dipilih secara sah.

Mahkamah turut mengarahkan Pandikar membayar kos RM10,000 kepada Fairuz.

Fairuz menang kerusi DUN Pintasan pada Pilihan Raya Umum Sabah ke-17 November lalu dengan majoriti 1,070 undi dalam pertandingan 11 penjuru.

Beliau menyatakan kesyukuran dan berterima kasih kepada semua yang menyokongnya serta berjanji menumpukan perhatian pada pembangunan Pintasan dan kepentingan rakyat.