Mayat Ibu Dirogol, Dibunuh Dan Disamun Ditemui Dalam Semak 

Mayat Ibu Dirogol, Dibunuh Dan Disamun Ditemui Dalam Semak 

0
SHARE

LAHAD DATU, SABAH – Mayat seorang wanita warga asing berusia 36 tahun yang dipercayai dirogol sebelum dibunuh dan seterusnya disamun ditemui dalam kawasan semak Kampung Pisang, sini, semalam.

Penemuan tragik pada kira-kira 8.15 pagi itu dibuat ahli keluarga mangsa behampiran kebun pisang hanya 600 meter dari kediaman mereka. Pada ketika itu, mangsa dalam keadaan separuh bogel.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dr Rohan Shah Ahmad, mangsa merupakan seorang ibu kepada lima orang anak manakala suaminya bekerja di Semenanjung.

Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai pembuat roti canai bertolak ke tempat kerja pada pukul 6.15 pagi.

“Ahli keluarga mangsa bertindak mencari mangsa setelah sangsi dihubungi majikannya untuk mengetahui keberadaan mangsa.

“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan separuh bogel dengan kesan kelar di leher, selain luka di bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul.

“Polis juga tidak menolak kemungkinan mangsa turut dirogol berdasarkan kesan air mani yang ditemukan pada bahagian kemaluannya.

“Siasatan awal mendapati telefon bimbit dan wang tunai di dalam dompet mangsa juga hilang,” kata Dr Rohan dalam kenyataan media.

Beliau berkata menggunakan laluan pejalan kaki melalui kawasan semak tersebut seperti rutian hariannya.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat.

“Polis sedang berusaha mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, pihak polis memohon kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes untuk menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Asisten Superintendan Khairuddin Husain di talian 013-9071709 atau ke balai polis berhampiran.