LABUAN – Mayat reput seorang lelaki ditemui terapung di kawasan Paya Bakau SK 33, Kampung Sungai Keling petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Supt Ahmad Jawila berkata, pihaknya telah menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan tersebut lebih kurang jam 2.30 petang.
“Setakat ini, pihak polis mengklasifikasi kes sebagai laporan Kes Kematian Mengejut (SDR) sehinggalah laporan bedah siasat diperolehi…
“Mayat mangsa kini berada di Unit Forensik Hospital Labuan untuk tujuan bedah siasat,” katanya.
Katanya identiti mangsa masih sebuah misteri kerana pihak polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kehilangan mana-mana orang.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara di atas diseru agar segera memaklumkan kepada balai polis yang berdekatan,” Ahmad berkata.