Mayat Seorang Tahanan JKDM Ditemui Tergantung Di Dalam Lokap

Mayat Seorang Tahanan JKDM Ditemui Tergantung Di Dalam Lokap

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

TAWAU, SABAH – Mayat seorang tahanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemui tergantung selepas dipercayai bertindak mengambil nyawa sendiri di lokap Pejabat Penguatkuasa Kastam di sini, semalam.

Anggota JKDM menyedari situasi tersebut pada 2.40 petang dan membuat laporan polis kira-kira 40 minit selepas itu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata sepasukan anggota dan pegawai polis dikerah ke tempat kejadian sebaik mendapat laporan berkenaan.

“Mangsa lelaki berumur 42 tahun dahulu ditahan atas kesalahan dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya…

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan tiada unsur jenayah ditemui do lokasi kejadian,” katanya sambil menambah siasatan masih dijalankan.