
MOSCOW, RUSSIA – Misi pertama Russia ke bulan dalam tempoh 47 tahun gagal selepas kapal angkasa miliknya, Luna-25 terhempas di planet berkenaan semalam selepas hilang kawalan.
Menurut perbadanan angkasa negara itu, Roskosmos, pihaknya terputus hubungan dengan kapal berkenaan sejurus selepas masalah berlaku ketika ia terbabas dari orbit pra pendaratan.
“Radas bergerak ke orbit di luar jangkaan dan tidak lagi wujud akibat pelanggaran dengan permukaan bulan,” kata perbadanan itu dalam satu kenyataan yang dipetik Reuters.
Kegagalan misi yang dianggap berprestij ini mempertontonkan kemerosotan kuasa angkasa Russia sejak zaman kegemilangan saingan sengit Perang Dingin, apabila Moscow menjadi yang pertama melancarkan satelit Sputnik 1 untuk mengorbit Bumi pada 1957.
Angkasawan Soviet, Yuri Gagarin menjadi individu pertama mengembara ke angkasa lepas pada 1961.
Sejak 1976 lagi, Russia pernah melancarkan misi ke bulan ketika Leonid Brezhnev memerintah Kremlin.
Seorang pegawai angkasa Russia memberitahun, Luna-25 sepatutnya melakukan pendaratan di kutub selatan bulan pada 21 Ogos.
Russia dalam perlumbaaan dengan India yang ‘mempertaruhkan’ kapal angkasa Chandrayaan-3, dijadual mendarat di kutub selatan bulan pada minggu ini.





