
KOTA KINABALU, SABAH – Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menyerahkan enam lori bagi Kaunter Bergerak Zakat dan Skuad Bantuan MUIS Prihatin.
Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Panglima Yahya Hussin dan disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Datuk Dr. Arifin Mohd Arif.
Menurut Ariffin, dengan adanya unit kaunter bergerak zakat dan lori Skuad Bantuan MUIS Prihatin itu akan membantu mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS.
“Dengan adanya lori ini, akan memberi impak kepada kecekapan dan keberkesanan pengurusan agihan bantuan zakat sekaligus meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan zakat.
“Selain itu juga, memudahkan dan mempercepatkan penghantaran sumbangan dan bantuan seperti bakul makanan kepada asnaf yang berhak,” ujarnya kepada media selepas sesi penyerahan lori itu di sini, pada Jumaat.
Lori bergerak berkenaan akan ditempatkan masing-masing satu unit kaunter bergerak Zakat dan sebuah lori Skuad Bantuan di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. — JABATAN PENERANGAN SABAH