Nabila Huda Jijik Dengan Nama Ibu Tiri, Beri Gelaran ‘Perempuan Itu’

Nabila Huda Jijik Dengan Nama Ibu Tiri, Beri Gelaran ‘Perempuan Itu’

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Pelakon Nabila Huda, 41 tahun meluahkan rasa jijiknya terhadap nama ibu tirinya, Nourish Hassan yang disebut-sebut ada kaitan dengan konflik yang berlaku baru-baru.

Nabila berkata, dia lebih selesa memanggil Nourish sebagai ‘Perempuan Itu’ dan menyatakan dia hanya ada seorang ibu. 

“Siapa? Saya rasa jijik nak dengar status tu. Saya cuma ada seorang emak dan dia ialah cinta pertama papa saya.

“Mungkin saya hanya boleh panggil dia ‘perempuan itu’?”, katanya kepada media ketika ditemui dalam malam gala filem Gayong di sini pada malam Selasa.

Memetik laporan mStar, Nabila tanpa berselindung mendakwa dia tahu segala rahsia yang disimpan Nourish selama ini.

Tidak pernah berniat merampas harta bapanya sendiri, Datuk Amy Search, Nabila berkata, dia berharap Nourish membuang sifat cemburu kerana apa yang diinginkannya hanyalah kasih sayang daripada seorang bapa.

“Wahai perempuan itu, saya nak awak tahu yang saya tahu semua rahsia awak. Untuk pengetahuan awak, satu industri benci awak! Tapi awak masih ada masa untuk perbetulkan keadaan.

“Jangan risau, saya tak ada niat nak rampas harta papa saya, saya pun dah biasa hidup dengan usaha saya sendiri. Saya cuma mahu menumpang kasih sayang seorang ayah. 

“Berhentilah cemburu dan ada rasa busuk hati, hidup ini hanya sementara,” jelasnya.

Sebelum ini, Nabila mengakui dirinya sangat merindui bapanya dan pertemuan mereka sewaktu program Melodi 17 April lalu merupakan pertemuan pertama selepas hampir setahun tidak bersua.

Nabila turut memaklumkan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan bapanya.

“Saya sebenarnya tiada masalah atau bergaduh dengan papa saya daripada dulu sampai sekarang, cuma orang salah anggap, ingat kami selalu bergaduh,” katanya.