NASA Tawar Gaji Serendah RM44,000 Sebulan Sebagai Penyelamat Bumi

NASA Tawar Gaji Serendah RM44,000 Sebulan Sebagai Penyelamat Bumi

0
SHARE

Mahu bekerja sebagai penyelamat Bumi? Jika mahu, anda boleh memohon untuk jawatan Pegawai Perlindungan Planetarium di NASA.

Memetik di satu blog usajobs.gov, NASA kini sedang mencari seseorang yang layak untuk menjawat jawatan terbabit supaya dapat memastikan makhluk asing, atau apa yang mereka sifatkan sebagai “pencemaran organik dan pencemaran biologi” supaya tidak menjejak kaki ke bumi.

Pegawai Perlindungan Planetarium NASA, Catherine Conly berkata jawatan itu bukan untuk melindungi Bumi sahaja.

“Pejabat Perlindungan Bumi juga dalam masa yang sama bekerja untuk melindungi semua planet.” kata Conly.

Sebagai contoh, pekerja di bawah jabatan itu turut bertanggungjawab memastikan manusia tidak membuat pencemaran di bulan atau planet lain dan dalam masa yang sama memastikan tiada makhluk asing sampai ke bumi.

Selain itu, pemegang jawatan itu juga bertanggungjawab untuk memimpin serta menyelenggara polisi perlindungan planetarium dan mengawas implementasi polisi itu dalam misi angkasa NASA.

Calon juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang tersebut selain mempunyai bakat dalam diplomasi yang boleh memberikan ‘keadaan menang-menang’ sekiranya berlaku ‘perbincangan pelbagai hala yang mencabar dan kompleks’.

Pemegang jawatan itu akan diberikan gaji sebanyak $124,406  (RM532,000) ke $187,000(RM800,000) setahun. Ia sama dengan RM44,000 ke RM66,600 sebulan.

Malangnya, hanya penduduk Amerika Syarikat sahaja yang dibenarkan memohon.

Ini adalah link pautan bagi jawatan kosong tersebut – https://www.usajobs.gov/GetJob/ViewDetails/474414000#btn-add-info