PARTI WARISAN PUJUK STAR BERGABUNG PRN-17 MENENTANG GRS?

PARTI WARISAN PUJUK STAR BERGABUNG PRN-17 MENENTANG GRS?

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Parti Warisan melalui pimpinan tertingginya dikatakan sedang berbincang dengan kepimpinan Parti STAR untuk bergabung bagi menentang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Menurut sumber yang enggan namanya disebut berkata, kepimpinan Parti Warisan Sabah dikatakan telah memujuk kepimpinan tertinggi Parti STAR untuk bergabung bagi menentang GRS pada PRN-17.

Kepimpinan Parti Warisan Sabah dikatakan telah memujuk kepimpinan tertinggi Parti STAR untuk bergabung bagi menentang GRS pada PRN-17…

Umum mengetahui bahawa Parti Warisan Sabah kini bergelut untuk mendapatkan sokongan pengundi KDM, justeru cadangan bergabung dengan Parti STAR dilihat sebagai salah satu strategi Warisan bagi menarik sokongan pengundi KDM.

Untuk rekod, Parti STAR adalah salah satu komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurut pemberi maklumat yang enggan namanya disebut,  pertemuan di antara kedua-dua pemimpin parti tu telah diadakan bagi membincangkan hala tuju kedua-dua parti itu pada PRN-17.

Menurutnya lagi, “Jeffrey Kitingan sebenarnya acap kali pernah menyuarakan hasratnya untuk menjadi Ketua Menteri Sabah dan kemungkinan kerjasama bersama Warisan akan merealisasikan hajat beliau”.

Jeffrey
Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan…

Dalam pada itu, beberapa orang penganalisis politik ketika ditanya mengenai desas-desus itu pula berkata: “Untuk melihat Parti STAR bergabung dengan Parti Warisan bukan satu perkara yang mustahil”.

“Keluar GRS bukan satu perkara yang rumit berbanding menentang ‘abang kandung sendiri’ di Tambunan pada PRU-14.”

Menurut mereka lagi, jika benar desas-desus atau khabar angin parti STAR keluar daripada komponen GRS dan membentuk jajaran baru bersama parti Warisan, masa depan parti itu dilihat akan malap.

Dapatan kajian dari badan bebas turut menyatakan bahawa perkara ini secara jelas menunjukkan parti Warisan telah ditolak sepenuhnya oleh rakyat Sabah.

Untuk rekod pada PRU-15 yang lalu, parti Warisan hanya menang 3 kerusi daripada 25 kerusi yang ditandingi malahan momentum penolakan ini dilihat bakal berterusan menjelas PRN-17 yang akan datang.

Keputusan Pilihan Raya Utama Ke-15 (PRU-15)…

Parti STAR pula dilihat hanya mempunyai kekuatan di kawasan Tambunan, Keningau dan Sook. Malahan perkembangan terkini menunjukkan sokongan ke atas Jeffrey semakin berkurangan di kawasan tertentu di Sabah.

Ini kerana Jeffrey dilihat jarang untuk turun padang menyelesaikan masalah rakyat dan persoalan lain yang timbul adakah Parti PBS bersetuju dengan tindakan Jeffrey mahu bersama Parti Warisan membentuk jajaran baharu.?