Pasukan Petanque Sabah Berjaya Raih Dua Pingat Emas Dalam SUKMA XXI Sarawak...

Pasukan Petanque Sabah Berjaya Raih Dua Pingat Emas Dalam SUKMA XXI Sarawak 2024

0
SHARE
Petanque
Pasukan petanque Sabah ( Sumber Foto: Laman media sosial Facebook rasmi Persatuan Sukan Boules Sabah )

KUCHING, SARAWAK – Pasukan petanque Sabah yang beraksi di Kejohanan Sukma XXI Sarawak 2024 berjaya merangkul dua pingat emas untuk negeri ini.

Berdasarkan pautan yang dimuat naik dalamĀ  laman media sosial rasmi Persatuan Sukan Boules Sabah, dua pingat emas terbabit dimenangi kategori Triple Wanita ( Sabah vs Johor ) dan Mix Triple 1L 2W ( Sabah vs Sarawak ) bagi pusingan akhir.

Antara atlet Sabah yang bertanding dalam kategori Triple Wanita terdiri daripada Thadis Henhera, Siti Noor Ellyshatul Balqis dan Marysa.

Manakala atlet bagi kategori Mix Triple 1L 2W antaranya ialah Siti Nur Vivianah, Muhanmad Aeqhmal dan Maxiviana.

Perlawanan terbabit diadakan di Arena Petanque Sarawak yang bermula jam 10 pagi tadi.