PAS Seru Hormati Keluhuran Undang-Undang, Pelihara Ketenteraman Awam

PAS Seru Hormati Keluhuran Undang-Undang, Pelihara Ketenteraman Awam

0
SHARE
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang...

KUALA LUMPUR – PAS menyeru semua pihak agar menghormati keputusan pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab untuk memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata Malaysia kini sedang melalui fasa penting pembentukan kerajaan melalui proses demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

“Justeru PAS menyeru semua pihak untuk menjunjung keluhuran Perlembagaan, menghormati keutuhan undang-undang dan memelihara ketenteraman awam, serta menghalang sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat keharmonian dalam negara…

“PAS menegaskan untuk memelihara kestabilan politik dan ekonomi dalam negara

“Seterusnya memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya ‘tidak menangguk di air yang keruh dan jangan sesekali dijolok sarang tebuan’, demi menjaga kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya,” katanya.