KOTA KINABALU, SABAH – Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta pemimpin- pemimpin lain menyokong penuh kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa BN akan bertanding secara solo dan menyarankan agar keputusan BN untuk bertanding secara solo dibuat secara konsisten merangkumi PRU15 di Sabah juga, selaras dengan memorandum PBRS kepada BN lebih awal.
PBRS Percaya bahawa kerjasama yang bakal dijalin diantara BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan hanya memberi kelebihan kepada pihak Perikatan Nasional (PN).
“Ini adalah juga dalam mengambil kira maklum balas bahawa 99 peratus pemimpin-pemimpin bahagian dan penyokong akar umbi PBRS yang tidak bersetuju dengan gabungan tersebut,” kata Presiden PBRS Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup.
Maka, PBRS berpendirian teguh agar Barisan Nasional bergerak secara solo dalam mendepani PRU15, untuk mengekalkan imej Barisan Nasional yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama di dalam negara ini.