TERENGGANU – Sukan permotoran negara dikejutkan dengan kejadian menyayat hati apabila seorang pelumba drag dilaporkan telah meninggal dunia semasa pertandingan drag Battle of The Kings di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak hari ini.
Mangsa, Apeh Jamal atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin maut dunia akibat kecederaan parah selepas kereta lumba yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas…
Perkara itu dimaklumkan menerusi penganjur pertandingan tersebut MUSC Motorsport menerusi laman sosial Facebook rasminya.
Sementara itu, pihak penganjur juga telah menangguhkan perlumbaan berkenaan berikutan kemalangan maut berkenaan, bagi menghormati mangsa dan keluarga.
“MUSC mengucapkan salam takziah kepada Apeh Jamal dan keluarga.