PDRM Nafi Rakaman Video Lucah Berlaku Di Batu Sapi

PDRM Nafi Rakaman Video Lucah Berlaku Di Batu Sapi

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

SANDAKAN, SABAH – Polis di sini menafikan kesahihan video tular yang didakwa menunjukkan penggambaran filem lucah di sebuah pantai di daerah ini berlatar belakangkan monumen bersejarah Batu Sapi.

Ketua Polis Daerah, ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan yang dijalankan mendapati insiden itu tidak berlaku di Batu Sapi.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan rakaman video lucah atau menyimpannya kerana ia melanggar undang-undang di negara ini.

“Mereka yang didapati melanggar undang-undang ini boleh didakwa mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Maklumat lanjut mengenai lokasi kejadian ini boleh disalurkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media.