Pekerja Kilang Sawit Maut Tersepit Dalam Mesin di Beluran

Pekerja Kilang Sawit Maut Tersepit Dalam Mesin di Beluran

0
SHARE

BELURAN: Seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas tersepit dalam mesin pengisar konveyor di sebuah kilang minyak kelapa sawit di Pamol, pagi tadi.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, PBK I Azman Asiman, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.20 pagi dan bergegas ke lokasi sejauh 98 kilometer.

“Sebaik tiba, mangsa telah dikeluarkan oleh pekerja kilang dengan bantuan pegawai polis yang berada di tempat kejadian.

“Pasukan bomba membantu mengangkat mangsa sebelum diserahkan kepada ambulans swasta untuk dihantar ke Hospital Beluran,” katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.32 pagi.

Seramai tujuh anggota bomba terlibat dalam operasi tersebut dibantu dua pegawai polis.