JAKARTA, INDONESIA – Pelakon popular Indonesia Nia Ramadhani dan suami, Ardi Bakrie bakal berdepan hukuman penjara EMPAT (4) tahun kerana dipercayai mengambil dadah jenis ‘syabu’ sejak lima bulan lalu .
Pasangan terbabit dituduh atas fasal 127 Undang-Undang No 35 Tahun 2009 berkenaan penyalahgunaan dadah dan hukuman empat tahun penjara.
“Siasatan masih di peringkat awal,” kata Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Inspektor Yusri Yunus pada sidang media, malam tadi.
Nia yang pernah popuar dalam siri sinetron Indonesia ‘Bawang Putih Bawang Merah’ ditahan di rumahnya di Pondok Indah, Jakarta Selatan, kelmarin.
Katanya, berdasarkan ujian air kencing, pasangan suami isteri itu positif dadah jenis syabu.
Terdahulu, polis menahan pemandu peribadi pasangan itu dikenali sebagai ZN yang turut didakwa mengambil dadah jenis syabu.
Dalam serbuan di rumah mereka, polis alat dipercayai digunakan untuk menghisap syabu.
Portal media tempatan Indonesia dalam satu laporan memaklumkan bahawa serbuan dibuat susulan penahanan ZN.
“Hasil soal siasat mendapati ZN mengakui dadah itu milik Nia,” katanya.