Pelbagai Aktiviti Diadakan Sempena SIBEC 2024

Pelbagai Aktiviti Diadakan Sempena SIBEC 2024

0
SHARE
Sibec
Ramlee (tengah) bergambar kenangan di konti SabahFM ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) 2024 pada 18 dan 19 Oktober ini.

Ketua Pegawai Operasi Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) Ramlee Kariah berkata, ini termasuklah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara pelbagai pemegang taruh dalam menerokai sektor tenaga boleh diperbaharui melalui penukaran tenaga terma laut (OTEC).

“Kita juga akan menampilkan satu sesi yang dipanggil Diplomat Talks di mana setakat ini empat duta akan bercakap mengenai Ekonomi Biru dalam perspektif negara masing-masing iaitu Australia, Norway, Jerman dan Maldives,” katanya ketika ditemui selepas sesi temubual SabahFM Bagus Bah, pada Rabu.

Peserta SIBEC 2024 boleh menjangkakan sesi Interactive Forum dan Ambassador Talk yang akan membincangkan topik-topik dalam pelbagai sektor seperti perikanan, pelancongan marin, tenaga boleh diperbaharui, dan farmaseutikal.

Selain itu, terdapat juga pameran Pavilion Showcase dari syarikat tempatan dan antarabangsa yang mempromosikan teknologi serta peluang pelaburan yang boleh membawa perubahan kepada sektor ekonomi berteraskan lautan.

Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim dijangka akan merasmikan persidangan yang disertai lebih 2,000 peserta di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). — JABATAN PENERANGAN SABAH