KINABATANGAN, SABAH – Seorang pemandu lori cedera di bahagian bahu manakala kelindannya selamat selepas lori yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di bahu jalan Kampung Paris di sini.
Kedua-dua mangsa lelaki sempat dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan Bomba yang bergegas ke lokasi kejadian terletak kira-kira 37 km daripada balai.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, PPgB Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 7.56 pagi tadi.
“Mangsa dihantar ke Hospital oleh Ambulan sebelum ketibaan pasukan Bomba…
“Tindakan pasukan Bomba adalah membuka kepala bateri lori dan membuat pemeriksaan di sekitar lokasi untuk memastikan tiada kemerbahayaan lain,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 9.00.





