Pemandu Lori Maut Terlanggar Tiang SESB

Pemandu Lori Maut Terlanggar Tiang SESB

0
SHARE
Bomba
Anggota pasukan bomba mengangkat mangsa ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang pemandu lori maut tertimbus tanah selepas melanggar sebuah tiang milik SESB di hadapan Kampung Gudon, Menggatal, sini, pada Selasa.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.33 malam dan sepasukan 20 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lintas tiba kira-kira tujuh minit kemudian.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba, mangsa lelaki berusia 30an tercampak keluar dari kenderaan dalam kemalangan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan S.O.S dan kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata seorang jurucakap agensi.